top of page

BIDANG TUMPUAN 1 (PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN)

​

Objektif : 

  • Diwujudkan adalah untuk penglibatan semua warga PKS yang berkaitan di dalam semua aspek pendidikan dan penyelidikan yang menjurus ke arah kemampanan 

 

BIDANG TUMPUAN 2 (PENGURUSAN TENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM)

 

Objektif : 

  • Melaksanakan inisiatif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dalam aspek pengukuran pengurangan yang berterusan terhadap pelepasan CO2 dan lain GHG 

  • Melaksanakan strategi dalam menguruskan tenaga dan pelepasan GHG secara cekap bagi mengurangkan kesan perubahan iklim 

  • Untuk mengekalkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelepasan GHG dalam sektor tenaga 

 

BIDANG TUMPUAN 3 (PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN LANDSKAP)

​

Objektif : 

  • Mengintegrasikan amalan pengurusan alam sekitar ke dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian 

  • Mengadakan garis panduan yang jelas berhubung pengurusan kepelbagaian bio dan landskap serta penekanan terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar 

  • Memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan pengawalan dan pengurusan alam sekitar 

  • Mewujudkan rekabentuk persekitaran yang selamat, sihat dan menarik yang memelihara dan memulihara kepelbagaian bio setempat 

 

BIDANG TUMPUAN 4 (PENGURUSAN SISA) 

​

Objektif : 

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa 

 

BIDANG TUMPUAN 5 (PENGURUSAN AIR) 

​

Objektif : 

  • Meningkatkan pengetahuan utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan, pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan 

 

BIDANG TUMPUAN 6 (PENGANGKUTAN) 

​

Objektif : 

  • Menerapkan kesedaran tentang kepentingan untuk mengurangkan pencemaran di sektor pengangkutan melalui polisi dan penggunaan teknologi hijau 

 

BIDANG TUMPUAN 7 (PEROLEHAN HIJAU) 

​

Objektif : 

  • Memperkenal dan mengamalkan perolehan hijau dalam PKS sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon 

bottom of page