
Sambutan Hari Bumi 2025

Ceramah Sambutan Hari Bumi
Hari Bumi adalah acara tahunan yang disambut pada 22 April di 192 negara seluruh dunia. Tema tahun 2025 adalah "Our Power, Our Planet", bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan peranan tenaga hijau dalam melestarikan bumi.

Pameran Sambutan Hari Bumi
This is placeholder text. To change this content, double-click on the element and click Change Content.

Kempen Pengumpulan Barang Buangan Elektrik/Minyak Masak Terpakai
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2025 Peringkat Sarawak. Tujuan utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kerja kitar semula sisa elektronik dan kepentingan pelupusan yang betul serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pertandingan Dekorasi Kek
Program ini mengetengahkan kreativiti pelajar dan pensyarah dalam mengekspresikan mesej kelestarian alam menerusi hiasan kek yang bertemakan "Bumi Lestari, Tanggungjawab Kita". Pertandingan ini juga berperanan sebagai platform pendidikan tidak formal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar melalui pendekatan santai dan menarik.

Pertandingan Membina Arca
This is placeholder text. To change this content, double-click on the element and click Change Content.

Pertandingan Treasure Hunt
Pertandingan Treasure Hunt telah dilaksanakan bersempena Sempena Hari Bumi 2025 sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar. Aktiviti ini disertai oleh 45 peserta (9 kumpulan) yang terdiri daripada pelajar IPT di sekitar Kuching.

Program Pembersihan Pantai Trombol
Program pembersihan pantai sempena Sambutan Hari bumi Tahun 2025 peringkat negeri Sarawak telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Politeknik Kuching Sarawak dan pelbagai pihak lain. Seramai 2 orang pensyarah termasuk 23 orang pelajar dari pelbagai jabatan terlibat dalam program ini. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan pantai dan melindungi ekosistem marin

POLYCC Youth Earth Talent
Program PolyCC Talent kali ke-17 telah
dianjurkan sempena Sambutan Hari Bumi
Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang
berlangsung pada 19 dan 20 April 2025
bertempat di Dataran Jubli Perak, Politeknik
Kuching Sarawak.